? ??????????????Love Takes You Away? ????? ?? ???Rating: 4.7 (49 Ratings)??258 Grabs Today. 37182 Total Gr
abs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????5?? ?????Blue Insanity? ????? ?? ???Rating: 4.4 (205 Ratings)??222 Grabs Today. 36151 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, March 2, 2009

kewajipan dan tanggungjawab ukhuwwah

Ukhuwwah dalam Isam meruakan jalinan akidah yang mempertautkan umat Islam antara satu sama lain.Ia merupakan ikatan rabani yang mengiat antara hati mereka dan merupakan jalinan yang erat untuk taqarrub kepada Allah.Persaudaraan merupakan ikatan iman yang paling erat sebagaimana yang telah dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya(maksud):"ikatan iman yang paling kuat ialah kasih sayang kerana Allah dan marah kerana Allah."-hadith riwayat Ahmad daripada al-Bara' Ibn Aziz-



Dalam Islam,persaudaraan merupakan satu sendi yang menjadi tunjang dalam usaha untuk memperkuatkan binaan masyarakat Islam dan mengeratan hubungan antara penganutnya.



Gerakan Islam amat memerlukan supaya ikata persaudaraan dapat diperdalamkan,semoga dengan ikatan persaudaraan yang mendalam ini,gerakan Islam dapat menjadi satu bangunan yang kuat dan saling paut memaut antara satu sama lainatau menjadi satu jasad yang akan mengadu kesakitan apabila salah satu anggotanya diserang penyakit.



Untuk menjamin persaudaraan ini memainkan peranannya yang diharap-harapkan dalan jemaah,Islam telah menjelaskan hak-hak dan kewajipan persaudaraan yang praktik,sehingga hak-hak dan kewajipan-kewajipan ini dapat dilihat sebagai satu tanggunggjawab yang sebenarnya bukan hanya sekadar kata-kata di bibir atau teorinya sahaja.





(petikan dari buku Ilmiah,Apa Ertinya Saya Menganut Islam?,karangan Fathi Yakan)

0 comments: