? ??????????????Love Takes You Away? ????? ?? ???Rating: 4.7 (49 Ratings)??258 Grabs Today. 37182 Total Gr
abs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????5?? ?????Blue Insanity? ????? ?? ???Rating: 4.4 (205 Ratings)??222 Grabs Today. 36151 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, April 24, 2009

4 perkara yang akan ditanya di akhirat kelak..


TENTANG UMURNYA,

di manakah dihabiskan umurnya??

  • Sampai umur 23 tahun beajar nak dapat sijil IPTA untuk jadi doktor,jurutera dan sebagainya.PTD belum cukup tambah lagi ke luar negara,di Amerika,London,Italy..
  • Lebih kurang umur 30 tahun baru nak mula kerja,baru nak cari suami atau isteri,nak buat harta sikit..
  • Lebih kurang umur 50 tahun baru nak berjinak masuk dalam masjid,belajar ilmu ugama sebab nanti pencen orang tak kenal pula..
  • Pencen,pergi jogging ,petang main golf,malam tengok jazz,solat 5 waktu,ok la tu..

TENTANG ILMUNYA,

apakah yang telah dilakukan dengan ilmunya itu??

  • Profesional nak ajar apa kira manfaat untuk kerja dan jawatan yang baik jaga pekerja-pekerja agar mereka bekerja baik.Jika mereka menunjukkan produktiviti yang baik,pasti mendapat pengiktirafan seperti Datuk/Tan Sri.

TENTANG HARTANYA,

dari sumber manakaBoldh dia perolehi dan ke manakah dia belanjakan??

  • Pinjam dari bank,masuk saham yang baik dan kukuh,buat harta utuk anak-anak yang akan belajar ke luar negara perlu banyak belanja.
  • Nanti pencen siapa nak jaga,simpan duit pakai orang gaji nak bayar upah itu ni semua perlu guna duit.

TENTANG TUBUH BADANNYA,

apakah yang telah dia perbuat??

  • Tak buat apa,relax sikit sebab dah ada drebar,sakit-sakit ada massage,joging,anak pun tak ramai sebab family planing.
  • Nak buat kebajikan semua kerja sekarang dah pakai kontrak bahkan masjid dah ada tok siak dan nak bersihkan kubur pun dah ada tukangnya.

Anda di mana??adakah seperti di atas??renung sebelum di tanya di akhirat kelak...

Thursday, April 23, 2009

hadir hati adalah roh solat 2

Tidak mungkin dapat dilaksanakan tugas bertemu dengan Firaun,bagi melaksanakan kerja dakwah terhadap seseorang yang sangat memusuhi ajaran Allah.Jika pergi berjumpanya dalam keadaan hati yang lalai,kerana ucapan dari hati yang lalai itu,walau sehebat mana sekalipun,namun tidak ada kesannya.Sesuatu yang ditujukan ke dalam hati yang tenamg lagi mutma'innah.


Orang yang hatinya lalai dalam solat,hanya melakukan perbuatan zahir.Meskipun lidahnya menyebt lafaz zikir,ayat fatihah atau bacaan surah lainnamun gerak lidahnya itu bukan dari dorongan hati.Ia hanya bergeak disebabkan kebiasaan,sesuatu yang sudah menjadi kebiasaannya tentulah akan mudah sahaja terkeluar ari mulut mereka.Tetapi alangkah jauhnya ia dari tujuan sebenar solat yang difardhukan oleh Allah S.W.T.,kerana yang dikatakan solat itu ialah hati yang turut hadir ketika ibadah tersebut sedang dijalankan.


Hadir hati di dalam solat itu merupakan nyawa kepada solat.Solat yang dilakukan tanpa kehadiran hati ini seperti ibadah yang tiada 'harganya'.Sesungguhnya sesiapa yang tahu rahsia hadir hati dalam solat ,maka dengan sendirinya ia harus tahu bahawa lalai itu ialah lawan kepada hadir hati dalam solat,kerana lalai itu bercanggah dengan tujuan solat seperti yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. melalui firmanNya yang bermaksud:

"Sesungguhnya Aku ini adalah Allah,tidak ada tuhan selain Aku.Dan dirikanlah solat untuk mengingatiKu(Allah)"
(Surah Toha:ayat 14)


Kesimpulannya,hati yang sentiasa ingat dan mengikuti segala perbuatan dalam solat adalah menjadi nyawa dalam solat tersebut.Apabila hati lalai,maka solat hanya tinggal rangka sahaja,sedangkan rohnya sudah melayang.Justeru,marilah sama-sama kita hadirkan hati kita dalam solat.Amat rugi sekiranya setiap kali kita solat,kita beristiqamah tetapi itu cuma rangka tanpa isi,kosong dan tidak bernilai.Renung-renungkan......

hadir hati adalah roh solat

Solat adalah ibadah utama yang akan dihisab paling awal di akhirat kelak oleh Allah S.W.T,berbanding dengan amal ibadat yang lain.Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna dan diterima,maka barulah dihitung pula amalan-amalan yang lain.


Menurut pendapat al-Imam Ghazali,


Tidak syak lagi bahawa seseorang itu berfikir atau membaca dalam solat ialah memji Tuhan,dan yang menjadi matlamat tidak lain ialah Allah S.W.T.


Ibadat sembahyang yang kita lakukan adalah ditujukan kepada Allah S.W.T,.Segala percakapan(bacaan)di dalam solat itu sendiri adalah untuk Allah.Namun,percakapan kita itu akan menjadi sia-sia jika ianya tidak disertai dengan hati yang ikhlas dan hati yang sentiasa ingat akan Allah,kerana hati adalah merupakan perantaraan atau waslah kepada Tuhan.Bagaimana ia menjadi perantaraan sekiranya ia dalam keadaan yang lalai,maka selama mana ia lalai,segala bacaan tidak sampai kepada Allah S.W.T.


Manusia tidak akan dapat 'syuhud'(bersaksi kepada Tuhan) atau melihat Tuhan dalam erti kata melihat dengan pandangan hati ketika hati mereka lalai.Hakikatnya,hati kita diciptakan oleh Allah S.W.T. untuk mengenal dan melihat Tuhan,namun tidak mungkin hati dapat syuhud kepada Tuhan sedangkan dia dalam keadaan yang lalai.


Ketika Nabi Musa a.s. diperintakan Allah supaya bertemu dngan Firaun,baginda telah bermohon kepa Allah agar dikurniakan kekuatan 'hati'nya.Ini kerana,baginda sedar bahawa modal utama baginda ketika berdakwah kepada Firaun yang kufur itu adalah 'hati' yang ada ketahanan seperti yang dijelaskan Allah dalam firmannya yang bermaksud:


"Wahai Tuhanku lapangkanlah dadaku.''
(Surah Toha,25)


Nabi Musa a.s. memohon bantuan dari Allah S.W.T. agar dilapangkan dadanya sebagai persiapan menghadapi Firaun.Dada yang dipenuhi denganiman,sabar dan taqwa akan berani menghadapi sebarabg rintangandan akan dapat melaksanakan tugas dakwah yang besar itu.

Friday, April 3, 2009

31032009

31032009 yg lalu kami skeluarga mnyambut ulg thun prkahwinan umi dan abah yg ke-21 thun..sronok sgt,,abang yg ada di aloq staq pon blik..lagi sronok bila abg long dan kak nurul yg ada kat slangoq pon blik sama utk brkongsi kgmbiraan dgn kami..lpas slesai makan,abg long bgtaw yg kak nurul prgnant..umi la yg pling sronok..mna taknya,...sat saja,abg long ngan kak nurul baru kawen blan 12 thun lpas..rmai jgak yg ngusik depa dan ana trmasuk skali..tpi sdey pon ada jgak,sbab sblum ni,ana yg pling rpat ngan abg long...tp lpas ni dh tak leh mcm dlu sbab nanti tkut kak nurul trasa hati..apa2 pon slamat buat semua..untuk abah n umi,mra kekal hingga akhir hyat hndakNya.buat abg long n kak nurul,tahniah...