? ??????????????Love Takes You Away? ????? ?? ???Rating: 4.7 (49 Ratings)??258 Grabs Today. 37182 Total Gr
abs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????5?? ?????Blue Insanity? ????? ?? ???Rating: 4.4 (205 Ratings)??222 Grabs Today. 36151 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, April 23, 2009

hadir hati adalah roh solat 2

Tidak mungkin dapat dilaksanakan tugas bertemu dengan Firaun,bagi melaksanakan kerja dakwah terhadap seseorang yang sangat memusuhi ajaran Allah.Jika pergi berjumpanya dalam keadaan hati yang lalai,kerana ucapan dari hati yang lalai itu,walau sehebat mana sekalipun,namun tidak ada kesannya.Sesuatu yang ditujukan ke dalam hati yang tenamg lagi mutma'innah.


Orang yang hatinya lalai dalam solat,hanya melakukan perbuatan zahir.Meskipun lidahnya menyebt lafaz zikir,ayat fatihah atau bacaan surah lainnamun gerak lidahnya itu bukan dari dorongan hati.Ia hanya bergeak disebabkan kebiasaan,sesuatu yang sudah menjadi kebiasaannya tentulah akan mudah sahaja terkeluar ari mulut mereka.Tetapi alangkah jauhnya ia dari tujuan sebenar solat yang difardhukan oleh Allah S.W.T.,kerana yang dikatakan solat itu ialah hati yang turut hadir ketika ibadah tersebut sedang dijalankan.


Hadir hati di dalam solat itu merupakan nyawa kepada solat.Solat yang dilakukan tanpa kehadiran hati ini seperti ibadah yang tiada 'harganya'.Sesungguhnya sesiapa yang tahu rahsia hadir hati dalam solat ,maka dengan sendirinya ia harus tahu bahawa lalai itu ialah lawan kepada hadir hati dalam solat,kerana lalai itu bercanggah dengan tujuan solat seperti yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. melalui firmanNya yang bermaksud:

"Sesungguhnya Aku ini adalah Allah,tidak ada tuhan selain Aku.Dan dirikanlah solat untuk mengingatiKu(Allah)"
(Surah Toha:ayat 14)


Kesimpulannya,hati yang sentiasa ingat dan mengikuti segala perbuatan dalam solat adalah menjadi nyawa dalam solat tersebut.Apabila hati lalai,maka solat hanya tinggal rangka sahaja,sedangkan rohnya sudah melayang.Justeru,marilah sama-sama kita hadirkan hati kita dalam solat.Amat rugi sekiranya setiap kali kita solat,kita beristiqamah tetapi itu cuma rangka tanpa isi,kosong dan tidak bernilai.Renung-renungkan......

0 comments: