? ??????????????Love Takes You Away? ????? ?? ???Rating: 4.7 (49 Ratings)??258 Grabs Today. 37182 Total Gr
abs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????5?? ?????Blue Insanity? ????? ?? ???Rating: 4.4 (205 Ratings)??222 Grabs Today. 36151 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, April 23, 2009

hadir hati adalah roh solat

Solat adalah ibadah utama yang akan dihisab paling awal di akhirat kelak oleh Allah S.W.T,berbanding dengan amal ibadat yang lain.Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna dan diterima,maka barulah dihitung pula amalan-amalan yang lain.


Menurut pendapat al-Imam Ghazali,


Tidak syak lagi bahawa seseorang itu berfikir atau membaca dalam solat ialah memji Tuhan,dan yang menjadi matlamat tidak lain ialah Allah S.W.T.


Ibadat sembahyang yang kita lakukan adalah ditujukan kepada Allah S.W.T,.Segala percakapan(bacaan)di dalam solat itu sendiri adalah untuk Allah.Namun,percakapan kita itu akan menjadi sia-sia jika ianya tidak disertai dengan hati yang ikhlas dan hati yang sentiasa ingat akan Allah,kerana hati adalah merupakan perantaraan atau waslah kepada Tuhan.Bagaimana ia menjadi perantaraan sekiranya ia dalam keadaan yang lalai,maka selama mana ia lalai,segala bacaan tidak sampai kepada Allah S.W.T.


Manusia tidak akan dapat 'syuhud'(bersaksi kepada Tuhan) atau melihat Tuhan dalam erti kata melihat dengan pandangan hati ketika hati mereka lalai.Hakikatnya,hati kita diciptakan oleh Allah S.W.T. untuk mengenal dan melihat Tuhan,namun tidak mungkin hati dapat syuhud kepada Tuhan sedangkan dia dalam keadaan yang lalai.


Ketika Nabi Musa a.s. diperintakan Allah supaya bertemu dngan Firaun,baginda telah bermohon kepa Allah agar dikurniakan kekuatan 'hati'nya.Ini kerana,baginda sedar bahawa modal utama baginda ketika berdakwah kepada Firaun yang kufur itu adalah 'hati' yang ada ketahanan seperti yang dijelaskan Allah dalam firmannya yang bermaksud:


"Wahai Tuhanku lapangkanlah dadaku.''
(Surah Toha,25)


Nabi Musa a.s. memohon bantuan dari Allah S.W.T. agar dilapangkan dadanya sebagai persiapan menghadapi Firaun.Dada yang dipenuhi denganiman,sabar dan taqwa akan berani menghadapi sebarabg rintangandan akan dapat melaksanakan tugas dakwah yang besar itu.

0 comments: