? ??????????????Love Takes You Away? ????? ?? ???Rating: 4.7 (49 Ratings)??258 Grabs Today. 37182 Total Gr
abs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????5?? ?????Blue Insanity? ????? ?? ???Rating: 4.4 (205 Ratings)??222 Grabs Today. 36151 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, May 2, 2009

sajak buat sahabat..



semusim bersama seabad terasa..
itulah realiti kehidupan kita..
semuanya istimewa..
mengenalimu sahabat umpama anugerah terindah dariNYA..
mendampingimu sahabat menjelmakan kolam ketenangan..
sukar digambarkan,
memilikimu sahabat tiada secantik lukisan dapat ku coretkan..
detik waktu yang dilalui bersama,
penuh ketenangan bersulam ketelusan..
senda gurau yang tercipta,
mengakrabkan lagi perhubungan ukhuwah ini..
acap kali menimbulkan butir-butir cemburu di dasar sukma yang lain..
namun segala-galanya menjanjikan sebuah nostalgia..
nostalgia yang sukar diungkapkan di birai zaman..
ukhuwah ini melengkapkan kitaran kolej hidupku..
berpatri teguh di atas kanvas perjuangan hayatku selamanya..
mengertilah sahabat,kita bertemu kerana ALLAH..
kita bertemu untuk menganyam ilmu..
kerana perkenalan ukhuwah terjalin..
kerana cita-cita,perpisahan terjadi..
namun,dek kerana Ukhuwahfillah,
Insya Allah,ia berkekalan diredhai ILLAHI..
~MEMORI ISLAH~
nukilan ayang_yana,jumaat,24102008,8.13malam
sajak ini ku nukilkan khas buat mereka,sahabat-sahabatku yang kini berada di SEKOLAH MENENGAH AL-ISLAH(ting 3,2009) dan juga buat sahabatku yang telah pergi menyambut seruan Illahi kerana sakit luekimia pada november 08,allahyarhamah nurul nasuha binti zulkifli..al-faatihah..

0 comments: