? ??????????????Love Takes You Away? ????? ?? ???Rating: 4.7 (49 Ratings)??258 Grabs Today. 37182 Total Gr
abs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????5?? ?????Blue Insanity? ????? ?? ???Rating: 4.4 (205 Ratings)??222 Grabs Today. 36151 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, June 3, 2009

....enterprise-....enterprise

Bismillahirrahmanirrahim,,selawat serta salam ku tujukan kepada kekasih hati,sayangku,Muhammad bin Abdullah,serta kaum kerabat dan sahabat2 baginda S.A.W..

amboi,mentang2 la umi n abah xdak,ngadap ja laptop 24jam..meja depan laptop,meja belakang kerja2 yang xtaw abeh bila...ok gak tu,gerakkan kaki dan kerusi pon berpusing..bukan selalu boleh buat camni,kalau umi ada kena control,,buat sementara waktu,ofis umi bertukar nama,dari JamZa Enterprise,(JamZa ni singkatan kepada nama umi n abah-Jamaliah Omar n Zamri Sulaiman..)ke LYN ENTERPRISE,(LYN plak singkatan nama ana,Nor Liyana)...muahhhahahahahaa...

seronok tu memang la,,tapi,yang paling tak tahan bila kena kira duit..silap sikit kena ganti bali..umi berkira,dengan anak sendiri...hahaha,,xd r,umi baik,agaknya dia buat camtu supaya anak dia yang sorang ni boleh jadi orang yang berdisiplin tinggi..teringat awal tahun ni,,pas ana kira duit,bagitaw la dekat umi supaya umi dapat rekodkan dalam lptop..tapi alih2 xcukup..TIDAAAAAKK!!!...
"ayang,,kenapa xcukup lagi RM276??mana lagi ni??","bukan ayang yang buat,btoi la tu..,dah banyak kali dah kira..","umi tak taw..kena ganti balik ni,ajak abah p bank,bwak kluaq duit sendiri,tiap2 bulan umi bagi 300 kan..?guna duit tu..!!..,"ya la...tapi,ayang sayang la duit tu,baru ingat nak shopping sikit hujung tahun ni,baki dia boleh smpan..kalau umi guna duit umi tak boleh ka??,"tak boleh la ayang sayang..umi tak mau tanggung..salah sendiri,tanggung sendiri","leceh la umi,ayang da la tak reti nak guna sistem tu,nanti salah tekan lagi..hmmm,,,hancoq..",....

lebih kurang la dialog dia..tapi pas tu,tiap2 kali kira duit,klklator kena da sbelah,jari xleh laju2,kena slow2 ja,nanti salah tekan...

takpa,,kita belajaq dari ksilapan..hmm,teringat plak kat umi..

tadi umi kol,tanya,ofis camna,OK ka KO???umi gtaw umi skang ada kat MKTAMAR PAS,kalau tak silap kat Shah Alam kot,,ntah,tak igt..

oppsss,,sambung krja dulu,daaa...
ASSALAMUALAIKUM..(^_^)

ramai ow....

salam sejahtera..selawat serta salam ke atas jnjungan besar Nabi Muhammad S.A.W...,kaum kerabat naginda serta sahabat2 baginda S.A.W..

ari ni,0406,besday ramai orang,,
-ain nabihah
-kak wani
-kak mawar
-kak akma
-iman
-haikal
-nur sarah..

ramai,ramai...tapi antara ramai2 orang kat atas,ana cuma xcited nak sambut besday kak akma ja..bukannya apa,dia antara manusia yang paling rapat dengan ana..tapi sedih,,Allah bagi kat dia ujian yang sangat berat,walaupun baru umoq 17,tapi dah sakit..sakit yang bukan alang kepalang..CANCER...

mula2 tak caya jugak,,mana taknya,,dia baru bagitaw tak sampai 3 bulan,padahal,sakit dia tu dah 2thn..

tak pa,,malas cita panjang,,,HEPI BESDAY.....mmuuuuuaahh....daa..

khas buat....nurul liyana rahmat..

Friends Myspace Comments

liyana...liyana...

boleh kita jadi macam dulu??
-cakap sama2..
-gelak sama2..
-makan sama2..
-minum sama..;satu straw..

maafkanlah andai terluka,luahkanlah andai terasa,..jangan pemdam,nanti meletup,,,bommmm!!!!!oh,TIDAK..


INGAT,,........
kita berjumpa kerana TAKDIR..
kita berkawan kerana KASIH dan SAYANG..
kita bersama kerana HATI..
kita kekal kerana kuatnya UKHUWAH..
kita bergaduh kerana harga satu IKATAN..
tapi,yang paling penting,
semuanya kerana ALLAH..

INGAT,,........
bukan mudah untuk BERKAWAN.
bukan mudah untuk KEKALKAN..
bukan mudah untuk TERUSKAN..
bukan mudah hingga SEKARANG..
TAPI,,
semuanya kerana kehendak ILLAHI..
tanpa DIA tak mungkin sekarang terjadi..

mawar dari AL-JANNAH..

Bismillahi walhamdulillahDengan nama Allah swt , Tuhan Penguasa Alam. Dia-lah Tuhan yg disembah dan tiada Tuhan selain-Nya. Slm syg buat Muhamad Bin Abdullah , cnth bapa terbaik..

Aih , salam syg buat semua kaum muslimin dan muslimat yg seakidah dgnku.


Petang tadi , ana ada terbaca artikel di dalam majalah SOLUSI,berkenaan dgn mengambil inspirasi daripada kisah Tokoh. Bila ana baca artikel itu , ana tergerak utk menulis tntg salah seorg tokoh wanita yg menjadi sumber inspirasi bagi ana.Dan ana yakin , tokoh ini juga dijadikan sumber inspirasi oleh semua wanita di luar sana yg dambakan syurga. Erm , jika sebelum ini ana pernah bercerita tntg kisah cinta yg menjadi inspirasi dan kekuatan bagi ana , kali ini ana mahu bercerita tntg tokoh inspirasi ana.

FATIMAH AZ-ZAHRA

Fatimah Az-Zahra adalah puteri bongsu Nabi saw. Beliau adalah seorg wanita yg tegas,berani dan mempunyai azam yg kuat. Pelbagai peristiwa besar yg telah di lalui oleh beliau sms hayatnya dan ia cukup member kesan yg mendalam terhdp dirinya. Dia membesar dalam suasana kesusahan. Bondanya pergi ketika usianya terlalu muda dan masih memerlukan kasih sayang seorang ibu. Sejak itu, dialah yang mengambil alih tugas menguruskan rumahtangga seperti memasak, mencuci, mengemas rumah dan menguruskan keperluan ayahandanya.Di sebalik kesibukan itu, dia juga adalah seorang yang paling kuat beribadah. Keletihan yang ditanggung akibat seharian bekerja menggantikan tugas ibunya yang telah pergi itu, tidak pula menghalang Fatimah daripada bermunajat dan beribadah kepada Allah SWT. Malam-malam yang dilalui, diisi dengan tahajud, zikir dan siangnya pula dengan sembahyang, puasa, membaca al-Quran dan lain-lain. Setiap hari, suara halusnya mengalunkan irama al-Quran.Di waktu umurnya mencapai 18 tahun, dia dikahwinkan dengan pemuda yang miskin hidupnya. Bahkan oleh kemiskinan itu, untuk membayar mas kahwin pun suaminya tidak mampu lalu dibantu oleh Rasulullah SAW.

Setelah berkahwin kehidupannya berjalan dalam suasana yang amat sederhana, gigih dan penuh ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya.Digelar Singa Allah, suaminya Saidina Ali merupakan orang kepercayaan Rasulullah SAW yang diamanahkan untuk berada di barisan hadapan dalam bala tentera Islam. Lalu, seringlah Fatimah ditinggalkan oleh suaminya yang pergi berperang untuk berbulan-bulan lamanya. Namun dia tetap redha dengan suaminya. Isteri mana yang tidak mengharapkan belaian mesra daripada seorang suami. Namun bagi Fatimah, saat-saat berjauhan dengan suami adalah satu kesempatan berdampingan dengan Allah SWT untuk mencari kasih-Nya, melalui ibadah-ibadah yang dibangunkan.Sepanjang pemergian Sayidina Ali, hanya anak-anak yang masih kecil menjadi temannya. Nafkah untuk dirinya dan anak-anaknya Hassan, Hussin, Muhsin, Zainab dan Umi Kalsum diusahakan sendiri.Untuk mendapatkan air, berjalanlah dia sejauh hampir dua batu dan mencedoknya dari perigi yang 40 hasta dalamnya di tengah bahang mentari padang pasir yang terik. Kadangkala dia berlapar sepanjang hari. Sering pula dia berpuasa dan tubuhnya sangat kurus hingga menampakkan tulang di dadanya.

Pernah suatu hari, sedang dia tekun bekerja mengisar gandum, Rasulullah datang berkunjung ke rumahnya. Fatimah yang amat keletihan ketika itu lalu meceritakan keperitan hidupnya itu kepada Rasulullah SAW. Betapa dirinya teruk bekerja, mengisar tepung, mengangkat air, memasak serta melayan anak-anak. Dia berharap agar Rasulullah dapat menyampaikan kepada Saidina Ali, kalau mungkin boleh disediakan untuknya seorang pembantu rumah. Rasulullah S.A.W merasa kasihan terhadap tanggungan puterinya itu. Namun baginda amat tahu, sesungguhnya Allah memang menghendaki kesusahan bagi hamba-Nya sewaktu di dunia untuk memberi kesenangan di akhirat. Mereka yang rela bersusah payah dengan ujian di dunia demi mengharapkan keredhaan-Nya, mereka inilah yang mendapat tempat di sisi-Nya.Lalu dipujuknya Fatimah sambil memberikan harapan dengan janji-janji Allah. Baginda mengajarkan zikir, tahmid dan takbir yang apabila diamalkan, segala penanggungan dan bebanan hidup akan terasa ringan.

Ketaatannya kepada Saidina Ali menyebabkan Allah SWT mengangkat darjatnya. Fatimah tidak pernah mengeluh dengan kekurangan dan kemiskinan keluarga mereka. Tidak juga dia meminta-minta hingga menyusah-nyusahkan suaminya...Dalam pada itu, kemiskinan tidak menghilang Fatimah untuk selalu bersedekah. Dia tidak sanggup untuk kenyang sendiri apabila ada orang lain yang kelaparan. Dia tidak rela hidup senang dikala orang lain menderita. Bahkan dia tidak pernah membiarkan pengemis melangkah dari pintu rumahnya tanpa memberikan sesuatu meskipun dirinya sendiri sering kelaparan.

Memang sesuai sekali pasangan Saidina Ali ini kerana beliau sendiri lantaran kemurahan hatinya beliau digelar sebagai 'Bapa kepada janda dan anak yatim' di Madinah'.Namun, pernah suatu hari, Fatimah telah menyebabkan Saidina Ali tersentuh hati dengan kata-katanya. Menyedari kesilapannya, Fatimah segera meminta maaf berulang-ulang kali. Apabila dilihatnya air muka suaminya tidak juga berubah, lalu dengan berlari-lari anak dia mengelilingi Sayidina Ali. Tujuh puluh kali dia 'tawaf' sambil merayu-rayu memohon dimaafkan. Melihatkan aksi Fatimah itu, tersenyumlah Sayidina Ali lantas memaafkan isterinya itu."Wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedang Ali tidak memaafkanmu, nescaya aku tidak akan menyembahyangkan jenazahmu", Rasulullah S.A.W memberi amaran kepada puterinya itu apabila perkara itu sampai ke pengetahuan baginda. Begitu sekali kedudukan seorang suami yang ditetapkan Allah S.W.T sebagai pemimpin bagi seorang isteri. Betapa seorang isteri itu perlu berhati-hati dan beradab di saat berdepan dengan suami. Apa yang dilakukan Fatimah itu bukanlah disengajakan. Apatah lagi, bukan juga dia merungut-rungut, marah-marah, meninggi suara, bermasam muka, merajuk atau lain-lain kerenah yang menyusahkan Sayidina Ali, pun Rasulullah S.A.W berkata begitu terhadapnya. (Jika shbt2 semua pernah membaca entry ana yg sebelum ini , ada ana selitkan kisah ini.Entry ana yg bertajuk “AKU MAHU JADI ISTERI KEDUA”)..

Semasa perang Uhud, Fatimah telah turut sama merawat luka Rasulullah. Dia juga turut bersama Rasulullah semasa peristiwa penawanan Kota Mekah dan ketika ayahandanya mengerjakan Haji Wida’ pada tahun 11 Hijrah. Dalam perjalanan haji terakhir ini Rasulullah S.A.W telah jatuh sakit. Fatimah tetap di sisi ayahandanya. Ketika itu Rasulullah membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah yang membuatkannya menangis, kemudian Nabi S.A.W membisikkan sesuatu lagi yang membuatkannya tersenyum.Dia menangis kerana ayahandanya telah membisikkan kepadanya berita kematian baginda. Namun, sewaktu ayahandanya menyatakan bahawa dialah orang pertama yang akan berkumpul dengan baginda di alam baqa', gembiralah hatinya. Fatimah meninggal dunia enam bulan setelah kewafatan Nabi S.A.W, dalam usia 28 tahun dan dimakamkan di Perkuburan Baqi', Madinah.
*******************************
Begitu sekali wanita yang utama, agung dan namanya harum tercatat didalam al-Quran, disusah-susahkan hidupnya oleh Allah Taala. Sengaja Allah mengatur begitu kerana Dia tahu bahawa dengan kesusahan itu, hamba-Nya akan lebih hampir kepada-Nya. Begitulah juga dengan kehidupan wanita-wanita agung yang lain. Mereka tidak sempat berlaku sombong serta membangga diri atau bersenang-senang. Sebaliknya, dengan kesusahan-kesusahan itula mereka dididik oleh Allah untuk sentiasa merasa sabar, redha, takut dengan dosa, tawadhuk, tawakkal dan lain-lain. Ujian-ujian itulah yang mendidik mereka agar bertaqwa kepada Allah S.W.T. Justeru, wanita yang berjaya di dunia dan di akhirat adalah wanita yang hatinya dekat dengan Allah, merasa terhibur dalam melakukan ketaatan terhadap-Nya, dan amat bersungguh-sungguh menjauhi larangan-Nya, biarpun diri mereka menderita.


Kisah ketabahan dan kecekalan Fatimah Az-Zahra ini seharusnya dijadikan contoh buat semua muslimah. Bagaimana kesusahan yg dilalui mendewasakan dirinya.


Ana selalu memanjatkan doa agar ana dpt mencontohi sikap Fatimah Az-Zahra ini. Beliau menjadi sumber inspirasi ana utk terus tabah dan kuat utk berada pada jalan ini. Ingin sekali menjadi solehah seperti puteri Rasulullah saw ini , yg sentiasa akur pada perintah dan taat pada ayahnya/suaminya,yg sentiasa berjuang dan tidak mementingkan harta dunia. Sememangnya Fatimah layak menjadi penghulu wanita di syurga.Dia bagaikan wangian bunga dari syurgaMekar dihati ayahandaHarum di hati umatnyaSiapa yg inginkan pasangan semulia AliJadilah bungaSeindah Fatimah Az-ZahraSetakat ini dulu..

Semoga berjumpa lagi di lain entry ya..Wasalam..(^_^)

romantiknya baginda S.A.W..

أعوذ باللّه من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapanbaginda lalu bertanya siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian~. "Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain~ . Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka".

Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa~. ada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga~ kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga."Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman...." Amiiiiin~ Ya Rabbal 'Alamin~^^

Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, Insya Allah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya..ALLAHUAKBAR~

cuti dua minggu..

salam sejahtera,selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta kaum kerabat juga para sahabat..

cuti dua minggu...agak meletihkan,banyak kerja yang kena bagi siap;ops....folio geo kena buat pembetulan,karangan,BM n BI,hafazan-yang ni lawan ngan family,takpa,cuma susah sikit sebab abang balik,abang da la budak tahfiz dulu(ITMS,Bangi),msti dapat 6be 2..,hapai kitab,exam PMRI da dekat..tafsir,hadith,feqah,tajwid al-quran,aqidah,sirah nabawiah..

cuti dua minggu...umi takdak,gi holiday ngan abah-singapura,kami 5 beradik dok kat umah..pernah jugak kami cakap kat umi,kalau nak pgi jalan2,bawak la kami semua,,tapi.,menghampakan...umi kata.."tak boleh,umi suka kalau gi honeymoon tanpa anak2"..pehh....dahsat,sakan noh..tapi,betoi la tu,mana ada orang p hneymoon bawak 'masyarakat',hahahahaha..

cuti dua minggu...ofis umi???sapa nak jaga??ayang jugak..abang,kakak,kak chik,adik,tak leh ka??TAK BOLEH,abang-laptop n alquran,memanjang..kakak-kemas umah,memanjang,tapi,tangan dia:pehh,lembut..kak chik-study math-math-math,memanjang,..adik-laptop,pastu keluaq main,pastu-malam:baru reti nak mengapai Quran,nak baca buku..memanjang..

cuti dua minggu..meletihkan,memenatkan..

cuti dua minggu..sembang ngan abang..
"abang,bila nak kawen,ayang nak anak sedara,betoi dak kak..??","nanti la..abang muda lagi,baru 22,study pon tak abes lagi..","sapa kisah,tak kira!!gtaw kat umi,biaq umi pi masok meminang..sapa nama??atikah,sumaiyah..??","mana ada,abang nak belajaq dulu..","malas nak gado,belajaq pon belajaq la,sikit pon ada banyak heran".