? ??????????????Love Takes You Away? ????? ?? ???Rating: 4.7 (49 Ratings)??258 Grabs Today. 37182 Total Gr
abs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????5?? ?????Blue Insanity? ????? ?? ???Rating: 4.4 (205 Ratings)??222 Grabs Today. 36151 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, June 3, 2009

mawar dari AL-JANNAH..

Bismillahi walhamdulillahDengan nama Allah swt , Tuhan Penguasa Alam. Dia-lah Tuhan yg disembah dan tiada Tuhan selain-Nya. Slm syg buat Muhamad Bin Abdullah , cnth bapa terbaik..

Aih , salam syg buat semua kaum muslimin dan muslimat yg seakidah dgnku.


Petang tadi , ana ada terbaca artikel di dalam majalah SOLUSI,berkenaan dgn mengambil inspirasi daripada kisah Tokoh. Bila ana baca artikel itu , ana tergerak utk menulis tntg salah seorg tokoh wanita yg menjadi sumber inspirasi bagi ana.Dan ana yakin , tokoh ini juga dijadikan sumber inspirasi oleh semua wanita di luar sana yg dambakan syurga. Erm , jika sebelum ini ana pernah bercerita tntg kisah cinta yg menjadi inspirasi dan kekuatan bagi ana , kali ini ana mahu bercerita tntg tokoh inspirasi ana.

FATIMAH AZ-ZAHRA

Fatimah Az-Zahra adalah puteri bongsu Nabi saw. Beliau adalah seorg wanita yg tegas,berani dan mempunyai azam yg kuat. Pelbagai peristiwa besar yg telah di lalui oleh beliau sms hayatnya dan ia cukup member kesan yg mendalam terhdp dirinya. Dia membesar dalam suasana kesusahan. Bondanya pergi ketika usianya terlalu muda dan masih memerlukan kasih sayang seorang ibu. Sejak itu, dialah yang mengambil alih tugas menguruskan rumahtangga seperti memasak, mencuci, mengemas rumah dan menguruskan keperluan ayahandanya.Di sebalik kesibukan itu, dia juga adalah seorang yang paling kuat beribadah. Keletihan yang ditanggung akibat seharian bekerja menggantikan tugas ibunya yang telah pergi itu, tidak pula menghalang Fatimah daripada bermunajat dan beribadah kepada Allah SWT. Malam-malam yang dilalui, diisi dengan tahajud, zikir dan siangnya pula dengan sembahyang, puasa, membaca al-Quran dan lain-lain. Setiap hari, suara halusnya mengalunkan irama al-Quran.Di waktu umurnya mencapai 18 tahun, dia dikahwinkan dengan pemuda yang miskin hidupnya. Bahkan oleh kemiskinan itu, untuk membayar mas kahwin pun suaminya tidak mampu lalu dibantu oleh Rasulullah SAW.

Setelah berkahwin kehidupannya berjalan dalam suasana yang amat sederhana, gigih dan penuh ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya.Digelar Singa Allah, suaminya Saidina Ali merupakan orang kepercayaan Rasulullah SAW yang diamanahkan untuk berada di barisan hadapan dalam bala tentera Islam. Lalu, seringlah Fatimah ditinggalkan oleh suaminya yang pergi berperang untuk berbulan-bulan lamanya. Namun dia tetap redha dengan suaminya. Isteri mana yang tidak mengharapkan belaian mesra daripada seorang suami. Namun bagi Fatimah, saat-saat berjauhan dengan suami adalah satu kesempatan berdampingan dengan Allah SWT untuk mencari kasih-Nya, melalui ibadah-ibadah yang dibangunkan.Sepanjang pemergian Sayidina Ali, hanya anak-anak yang masih kecil menjadi temannya. Nafkah untuk dirinya dan anak-anaknya Hassan, Hussin, Muhsin, Zainab dan Umi Kalsum diusahakan sendiri.Untuk mendapatkan air, berjalanlah dia sejauh hampir dua batu dan mencedoknya dari perigi yang 40 hasta dalamnya di tengah bahang mentari padang pasir yang terik. Kadangkala dia berlapar sepanjang hari. Sering pula dia berpuasa dan tubuhnya sangat kurus hingga menampakkan tulang di dadanya.

Pernah suatu hari, sedang dia tekun bekerja mengisar gandum, Rasulullah datang berkunjung ke rumahnya. Fatimah yang amat keletihan ketika itu lalu meceritakan keperitan hidupnya itu kepada Rasulullah SAW. Betapa dirinya teruk bekerja, mengisar tepung, mengangkat air, memasak serta melayan anak-anak. Dia berharap agar Rasulullah dapat menyampaikan kepada Saidina Ali, kalau mungkin boleh disediakan untuknya seorang pembantu rumah. Rasulullah S.A.W merasa kasihan terhadap tanggungan puterinya itu. Namun baginda amat tahu, sesungguhnya Allah memang menghendaki kesusahan bagi hamba-Nya sewaktu di dunia untuk memberi kesenangan di akhirat. Mereka yang rela bersusah payah dengan ujian di dunia demi mengharapkan keredhaan-Nya, mereka inilah yang mendapat tempat di sisi-Nya.Lalu dipujuknya Fatimah sambil memberikan harapan dengan janji-janji Allah. Baginda mengajarkan zikir, tahmid dan takbir yang apabila diamalkan, segala penanggungan dan bebanan hidup akan terasa ringan.

Ketaatannya kepada Saidina Ali menyebabkan Allah SWT mengangkat darjatnya. Fatimah tidak pernah mengeluh dengan kekurangan dan kemiskinan keluarga mereka. Tidak juga dia meminta-minta hingga menyusah-nyusahkan suaminya...Dalam pada itu, kemiskinan tidak menghilang Fatimah untuk selalu bersedekah. Dia tidak sanggup untuk kenyang sendiri apabila ada orang lain yang kelaparan. Dia tidak rela hidup senang dikala orang lain menderita. Bahkan dia tidak pernah membiarkan pengemis melangkah dari pintu rumahnya tanpa memberikan sesuatu meskipun dirinya sendiri sering kelaparan.

Memang sesuai sekali pasangan Saidina Ali ini kerana beliau sendiri lantaran kemurahan hatinya beliau digelar sebagai 'Bapa kepada janda dan anak yatim' di Madinah'.Namun, pernah suatu hari, Fatimah telah menyebabkan Saidina Ali tersentuh hati dengan kata-katanya. Menyedari kesilapannya, Fatimah segera meminta maaf berulang-ulang kali. Apabila dilihatnya air muka suaminya tidak juga berubah, lalu dengan berlari-lari anak dia mengelilingi Sayidina Ali. Tujuh puluh kali dia 'tawaf' sambil merayu-rayu memohon dimaafkan. Melihatkan aksi Fatimah itu, tersenyumlah Sayidina Ali lantas memaafkan isterinya itu."Wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedang Ali tidak memaafkanmu, nescaya aku tidak akan menyembahyangkan jenazahmu", Rasulullah S.A.W memberi amaran kepada puterinya itu apabila perkara itu sampai ke pengetahuan baginda. Begitu sekali kedudukan seorang suami yang ditetapkan Allah S.W.T sebagai pemimpin bagi seorang isteri. Betapa seorang isteri itu perlu berhati-hati dan beradab di saat berdepan dengan suami. Apa yang dilakukan Fatimah itu bukanlah disengajakan. Apatah lagi, bukan juga dia merungut-rungut, marah-marah, meninggi suara, bermasam muka, merajuk atau lain-lain kerenah yang menyusahkan Sayidina Ali, pun Rasulullah S.A.W berkata begitu terhadapnya. (Jika shbt2 semua pernah membaca entry ana yg sebelum ini , ada ana selitkan kisah ini.Entry ana yg bertajuk “AKU MAHU JADI ISTERI KEDUA”)..

Semasa perang Uhud, Fatimah telah turut sama merawat luka Rasulullah. Dia juga turut bersama Rasulullah semasa peristiwa penawanan Kota Mekah dan ketika ayahandanya mengerjakan Haji Wida’ pada tahun 11 Hijrah. Dalam perjalanan haji terakhir ini Rasulullah S.A.W telah jatuh sakit. Fatimah tetap di sisi ayahandanya. Ketika itu Rasulullah membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah yang membuatkannya menangis, kemudian Nabi S.A.W membisikkan sesuatu lagi yang membuatkannya tersenyum.Dia menangis kerana ayahandanya telah membisikkan kepadanya berita kematian baginda. Namun, sewaktu ayahandanya menyatakan bahawa dialah orang pertama yang akan berkumpul dengan baginda di alam baqa', gembiralah hatinya. Fatimah meninggal dunia enam bulan setelah kewafatan Nabi S.A.W, dalam usia 28 tahun dan dimakamkan di Perkuburan Baqi', Madinah.
*******************************
Begitu sekali wanita yang utama, agung dan namanya harum tercatat didalam al-Quran, disusah-susahkan hidupnya oleh Allah Taala. Sengaja Allah mengatur begitu kerana Dia tahu bahawa dengan kesusahan itu, hamba-Nya akan lebih hampir kepada-Nya. Begitulah juga dengan kehidupan wanita-wanita agung yang lain. Mereka tidak sempat berlaku sombong serta membangga diri atau bersenang-senang. Sebaliknya, dengan kesusahan-kesusahan itula mereka dididik oleh Allah untuk sentiasa merasa sabar, redha, takut dengan dosa, tawadhuk, tawakkal dan lain-lain. Ujian-ujian itulah yang mendidik mereka agar bertaqwa kepada Allah S.W.T. Justeru, wanita yang berjaya di dunia dan di akhirat adalah wanita yang hatinya dekat dengan Allah, merasa terhibur dalam melakukan ketaatan terhadap-Nya, dan amat bersungguh-sungguh menjauhi larangan-Nya, biarpun diri mereka menderita.


Kisah ketabahan dan kecekalan Fatimah Az-Zahra ini seharusnya dijadikan contoh buat semua muslimah. Bagaimana kesusahan yg dilalui mendewasakan dirinya.


Ana selalu memanjatkan doa agar ana dpt mencontohi sikap Fatimah Az-Zahra ini. Beliau menjadi sumber inspirasi ana utk terus tabah dan kuat utk berada pada jalan ini. Ingin sekali menjadi solehah seperti puteri Rasulullah saw ini , yg sentiasa akur pada perintah dan taat pada ayahnya/suaminya,yg sentiasa berjuang dan tidak mementingkan harta dunia. Sememangnya Fatimah layak menjadi penghulu wanita di syurga.Dia bagaikan wangian bunga dari syurgaMekar dihati ayahandaHarum di hati umatnyaSiapa yg inginkan pasangan semulia AliJadilah bungaSeindah Fatimah Az-ZahraSetakat ini dulu..

Semoga berjumpa lagi di lain entry ya..Wasalam..(^_^)

0 comments: